Sunday, December 11, 2011

merdeka merdeka merdeka

















Lagu Merdeka. (Tanggal 31)
Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

Setiap hari selepas morning routine kami menyanyikan lagu merdeka. Sempena bulan kemerdekaan , guru akan memberi pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme didalam diri kanak-kanak. memahami pengorbanan pejuang negara yang bergadai nyawa untuk memberikan kemerdekaan kepada negara tercinta MALAYSIA. Melahirkan rasa cintakan negara. dan mengetahui erti kemerdekaan yang sebenarnya. Pesan guru kepada murid..JANGAN SAMPAI BUMI YANG KITA PIJAK MENJADI HAK MILIK ORANG. BERPADU KITA BERSATU. ( KAMI HANYA MENANAMKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA. TIDAK ADA KAIT MENGAIT DENGAN POLITIK YA HEHEHEH)
Kami memberi peluang kepada murid untuk memasang sendiri bendera malaysia pada kayu dan mengikatnya bersama-sama. sambil menyanyikan lagu merdeka, bendera dikibar penuh bangga. Murid juga diajar untuk menghormati panji negara. Bendera Malaysia juga satu amanah yang perlu dipegang. Amanah untuk belajar rajin-rajin dan membesar dengan ideologi yang sihat sekaligus amanah untuk mengimarahkan bumi Allah dan menjaga maruah negara tercinta. Agak susah untuk memberi kefahaman kepada murid tentang perlunya menjaga kemerdekaan ini terus berkekalan dan guru2 sentiasa berusha untuk memberi kefahaman dengan cara yang paling mudah.



No comments:

Post a Comment