Sunday, May 23, 2010

Lmn_Web!!

http://www.hotlayouts2u.com/blogger-layouts/browse.php?p=3

Saturday, May 22, 2010

Seperti mimpi

Alhamdulilah...terima kasih, terima kasih, terima kasih. syukur pada Allah kerana dengan keizinan Nya jua, maka Tadika Bintang Aurora ditubuhkan. Sudah 5 bulan berlalu, tetapi aku rasa masih mimpi lagi. Tidak pernah terfikir aku akan menubuhkan tadika. Tetapi atas semangat tinggi ingin mengubah budi bahasa dan akhlak anak bangsa yang semakin merosot, aku ingin menjadi guru tadika. Guru tadika adalah jambatan yang kukuh untuk menyempurnakan tugas sosial itu. Dari guru tadika, akhirnya aku menubuhkan tadika sendiri. Sokongan teman - teman, anak-anak, keluarga dan suami, membuat semangatku semakin tinggi. Penat .... tapi itu bukan persoalannya. Terlalu banyak perkara yang belum selesai. begitu banyak jalan yang perlu aku tempuh. Tidak terkira ilmu yang perlu aku pelajari. Aku kena set up balik minda , buang yang negatif dan pasang positif. Di sini segalanya bermula.