Wednesday, July 21, 2010

itik atau burung...?

Hari jumaat adalah hari praktikal dan kreativiti. Dan kali ini itik menjadi pilihan. Jom buat itik. sambil buat sambil belajar. Jom kita belajar.
Berapa kaki itik?
Itik bertelur atau beranak?
Itik ada tangan tak?
Itik makan apa?
Boleh tak itik terbang?
Bolehkah kita makan itik?
emm.. sapa pernah dengar itik berbunyi? macam mana bunyi itik ya?
Tolong tunjuk pada teacher, bagaimanakah itik berjalan?

mari kita menyanyi bersama.

Ketam jalan senget senget,
Itik jalan baris-baris,
burung terbang tinggi-tinggi,
ikan dalam air, flop, flop, flop.

Kuda lari laju-laju,
Semut jalan jumpa kawan, Assalammualaikum.




Menggunting...Melatih anak2 cara menggunakan gunting dengan betul dan selamat.



Melukis mata Itik.




Wah..cantiknya bulu itik?




Final touch up. cantik tak itik saya?



Macam terapung pula bila anak2 melompat.

Sunday, July 11, 2010

smile and world will smile back to you.


Anak2 pasti tidak sabar untuk menikmati juadah yang tersenyum menanti.

Jom main tepung



Teacher dan murid menguli bersama.



Doh yang telah dibentuk.



Alamak.. bentuk apa ni. tidak mengapa..kreativiti anak2 akan dilatih sedikit demi sedikit.


Pada awal yang tahun, kami telah menguli tepung untuk membuat doh dan bermain. Kelihatannya seperti hanya bermain tapi sebenarnya adalah untuk melembutkan jari anak2 agar mudah untuk mereka memegang pensel dan menulis.

Modul bertema "haiwan"



Teacher Mia beriya menghalau angsa agar tidak dikejar.



Ayam-ayam mendapat makanan.



Memberi ikan makan di Kolam.



King (nama kambing) sedang makan ditangan Athirah.


Tadika Bintang Aurora membuat lawatan ke ladang ternakan untuk mempelajari alam haiwan dengan mengenal, melihat, menyentuh dan mendengar bunyi haiwan ternakan. kami sungguh seronok disana. Kami dapat bermain dengan anak kambing, lembu, ayam dan dikejar angsa. hehehe. Kami juga memberi makan kepada binatang ternakan yang ada. Ternyata anak-anak mudah faham mengenal binatang dan bunyinya serta persekitaran, pemakanan apabila mereka melihat sendiri dan bermain dengan haiwan tersebut.

Sumbangan Ibu Bapa.

Semasa program SEHARI BERSAMA GURU, terharu juga bila ada sumbangan dari family anak2. Tadika Bintang Aurora ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Terimakasih daun keladi . heheheheh



gift untuk anak2 bawa pulang.



Puding jelly sumbangan family Athirah. Terima kasih Pn Azliana.



Kek pisang sumbangan keluarga Nur Jihan Arina. Terima Kasih Pn Noraini.



Kek roll dan Air kotak sumbangan keluarga Najwa. Terima kasih Pn Ruhaniza.

.

Roti Canai untuk sarapan pagi sumbangan keluarga Aliff haiqal. Terima kasih Pn Mastura. Awal pagi dah ada di pintu pagar menghantar sarapan.

Ada bakat nak jadi Arkitek



Si cilik yang suka bergaya. alahai....



baik baik sayang, hati hati dan teliti..nanti tumbang.




We are going up , we are going up..up up up up.

Anak-anak begitu khusyuk bermain bungkah kayu dan menyusunnya jadi menara. Apa yang teacher kagum dengan anak-anak ialah, tidak ada putus asa bila menara itu tumbang. anak2 tetap terus bermain lagi dan lagi. emmm .. motivasi untuk Teacher agar terus mendidik anak2 tanpa jemu dan putus asa. InsyaAllah.

Saturday, July 10, 2010

Eksperimen wet and dry

Jom main sampan kertas!!!

Berbagai kesepaduan yang kami terapkan dalam aktiviti pembelajaran kali ini. Antaranya ialah:
1. Perkembangan motor halus (melipat)
2. Science (wet and dry)
3. Math (bilangan sampan)
4. Sosioemosi (gembira dan sedih)

Seronoknya bermain bersama....








Hari Lahir Syiqin.

Syiqin sambut harijadi.

whoaaa bestnya. dah besar anak teacher sorang ni. Syiqin adalah murid yg paling cilik. Keletahnya selalu mencuit hati. selalu tersenyum dan pandai bergaya. Oleh kerana b'day syiqin pada 12 hb, jatuh pada cuti sekolah. Maka kami sambut selepas sessi persekolahan kembali. berbagai acara dan permainan kami adakan pada hari itu. Yang pasti..pada hari itu syiqin sentiasa tersenyum.

Happy b'day syiqin


Custom Birthday Card





















































































Sehari bersama Guru

Alhamdulilah, pada 2 dan 3 hb Julai yang lalu, Tadika Bintang Aurora telah selamat menjalankan aktiviti SEHARI BERSAMA GURU. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk sikap yakin diri dan berdikari dikalangan anak-anak.Disamping itu, ia juga dapat merapatkan hubungan antara guru dan murid.
Anak-anak begitu teruja dan tidak sabar untuk bermain, belajar, berjalan-jalan bersama guru. Terutama Danish, yang tidak jemu bertanya, "Teacher, bila kita nak mandi kolam?"
Walaupun plan tidak berjaya sepenuhnya kerana faktor cuaca, tapi murid tetap gembira. Sedih juga bila kami tidakk dapat ke ladang untuk bermain dengan anak kambing.
Tiba masa untuk mandi kolam...... masing-masing menjerit keriangan. Teacher pun seronok juga hingga rasanya ingin turut serta.
Malam itu, anak-anak begitu seronok bermain di dalam khemah. Sementara menunggu teacher menyediakan hidangan bbq.
Lasaknya anak-anak teacher tido. Sebenarnya anak-anak agak bimbang mereka kencing malam (ngompol) tapi berkat dorongan dan keyakinan yang teacher suntikkan dalam diri anak--anak, alhamdulilah, tiada seorangpun yang kencing malam. Cuma, bantal teacher hilang. Rupa-rupanya ada dalam pelukan Danish.
Tiba masa untuk pulang, sedih dan sayu pula rasanya. ada yang tak mahu lagi balik. ada yang masih mahu bersama teacher. Ada yang ingin mandi kolam lagi. tak kurang juga masih menuntut untuk pergi ke ladang. InsyaAllah.. program yang baik ini, akan diulang lagi dengan penambaikan yang bersesuaian. untuk anak-anak teacher.. i miss u all. muahhhA


Alamak.. terlupa nak rotate. keriangan dan ceria anak2 jelas tergambar di raut wajah.



Teacher... Jomlah mandi sama.



Selepas sembahyang berjemaah bersama-sama, kami berdoa, berselawat dan berzikir.



BBQ not ready yet. Anak2 sabar menunggu.



main bola dalam khemah. Alamak, silap baling bola, kena plak batang hidung. cepat check.. siapa punya hidung dah kemek. hehehe