Wednesday, October 6, 2010

Sambutan Hari Raya (marhaban dan berselawat)





Sambutan hari raya dengan anak2 sessi pagi dan petang. Kami bermarhaban dan berselawat bersama. Alhamdulilah, meriah dan anak-anak gembira bersama.

Sambutan Hari Lahir.



Selamat hari lahir untuk anak-anak teacher.



Dannish tak sabar nak potong kek aiskerim yg lazat.



Jom tiup lilin..



Izairi, Athirah, Danish dan Balqis..teruja nak tiup lilin.

Kumbang



mengenali dunia serangga. Kali ni kumbang tanduk menjadi pilihan.



pada awalnya anak2 takut bila melihat kumbang. Tapi lama kelamaan mereka mula dekat dan meneliti sifat kumbang. kakinya, dimana sayapnya, kenapa namanya kumbang tanduk. berbagai soalan tak henti keluar dr mulut anak2 comel ni. akhirnya .. mereka mula berani menyentuh kumbang bila mereka dapati kumbang itu tidak menyerang dan tidak bahaya. beraninya anak-anak teacher.
anak-anak sebenarnya takut dengan momokkan dan mereka takut walaupun mereka tidak tahu apa yg mereka takutkan. Bila diterangkan, mereka mula berfikir dan mencari sendiri jawapan takut itu.

Mari mengasing kacang.



Ada rupa ada warna, khasiatnya pun berguna.



cuma ia satu nama... kacang kacang kacang




memilih dan mengasing kacang. Pada awalnya murid hanya mengambil dan mengasing. Bila mereka jemu, mereka mula berfikir cara yg mudah untuk mengasing. Lama kelamaan mereka mula berfikir dan berbincang bagaimana kaedah yg plg berkesan untuk memudahkan mengasing kacang, terutama yg saiznya kecil. disini sikap kerjasama, tolak ansur, dan perbincangan terhasil. Kagum dengan kesungguhan mereka mengasingkan kacang dengan cara yang paling efektif.

Sunday, August 22, 2010

Musim hujan.




Sekarang ni musim hujan. Cuaca pun suram jer. Anak-anak mudah layu. So mari kita menyanyi menghibur hati, menghalau kelayuan dan kesuraman. kita ganti dengan keceriaan.

Tik tok tik tok hujan nak turun,
Tik tok tik tok hujan dah turun,
Tik tok tik tok baju dah basah,
Mari kita ambil payung.

Friday, August 20, 2010

Kreativiti. origami burung.



haaa.. inilah dia. Bila diberi pilihan warna kertas, anak2 ini masih mahu memilih warna tema sekolah iaitu pink dan hijau epal.



ini syiqin punya. anak plg cilik di tadika.



Asyiknya melihat Teacher memberikan tunjuk ajar. emm fokusss. nanti lupa nak lipat .



wahh ... burung2 nak terbang.



dah siap dah... masing2 dengan burung yang sudah siap dilipat.

Jom main bola dalam khemah.

Seronoknya...macam nak bermain bersama jer.. muat ke tak ya?



Biarkan..biarkan, biarkan syiqin dengan bola bolanya.



Dari duduk hingga berbaring. ish ish ish



HEheheheh alkisahnya, Teacher pun teruja nak bermain bersama, almaklumlah masa zaman Teacher sekolah dulu, tak ada khemah cam ni. Jangan buang masa, LEARN N FUN. SO SAMBIL BERMAIN KITA BELAJAR.

Uniform Tadika Bintang Aurora.



uniform untuk kanak2 perempuan.



Uniform untuk kanak2 lelaki.

Uniform untuk Teacher lupa pula nak ambil gambar. lain kalilah ya. Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan .

Hari kreativiti.

PIKNIK DI PANTAI.



Antara bahan-bahannya.



Mari mewarna.



Hati hati menggunting.



Hampir siap.



Dah siap pun. Inilah hasilnya. Terima Kasih majalah Aulad. Ada sampan besar, ada sampan kecil.

uji minda.



cuba..cuba lagi.



dok fikir, cara bagaimana lagi nak buat.

Nampak macam senang tapi susah juga nak siapkan set ni. Tapi bonus pada anak2 tadika sebab mereka memang tak putus asa untuk cuba dan terus mencuba. itu yang buat Teacher tambah sayang.

Wednesday, July 21, 2010

itik atau burung...?

Hari jumaat adalah hari praktikal dan kreativiti. Dan kali ini itik menjadi pilihan. Jom buat itik. sambil buat sambil belajar. Jom kita belajar.
Berapa kaki itik?
Itik bertelur atau beranak?
Itik ada tangan tak?
Itik makan apa?
Boleh tak itik terbang?
Bolehkah kita makan itik?
emm.. sapa pernah dengar itik berbunyi? macam mana bunyi itik ya?
Tolong tunjuk pada teacher, bagaimanakah itik berjalan?

mari kita menyanyi bersama.

Ketam jalan senget senget,
Itik jalan baris-baris,
burung terbang tinggi-tinggi,
ikan dalam air, flop, flop, flop.

Kuda lari laju-laju,
Semut jalan jumpa kawan, Assalammualaikum.




Menggunting...Melatih anak2 cara menggunakan gunting dengan betul dan selamat.



Melukis mata Itik.




Wah..cantiknya bulu itik?




Final touch up. cantik tak itik saya?



Macam terapung pula bila anak2 melompat.

Sunday, July 11, 2010

smile and world will smile back to you.


Anak2 pasti tidak sabar untuk menikmati juadah yang tersenyum menanti.

Jom main tepung



Teacher dan murid menguli bersama.



Doh yang telah dibentuk.



Alamak.. bentuk apa ni. tidak mengapa..kreativiti anak2 akan dilatih sedikit demi sedikit.


Pada awal yang tahun, kami telah menguli tepung untuk membuat doh dan bermain. Kelihatannya seperti hanya bermain tapi sebenarnya adalah untuk melembutkan jari anak2 agar mudah untuk mereka memegang pensel dan menulis.

Modul bertema "haiwan"



Teacher Mia beriya menghalau angsa agar tidak dikejar.



Ayam-ayam mendapat makanan.



Memberi ikan makan di Kolam.



King (nama kambing) sedang makan ditangan Athirah.


Tadika Bintang Aurora membuat lawatan ke ladang ternakan untuk mempelajari alam haiwan dengan mengenal, melihat, menyentuh dan mendengar bunyi haiwan ternakan. kami sungguh seronok disana. Kami dapat bermain dengan anak kambing, lembu, ayam dan dikejar angsa. hehehe. Kami juga memberi makan kepada binatang ternakan yang ada. Ternyata anak-anak mudah faham mengenal binatang dan bunyinya serta persekitaran, pemakanan apabila mereka melihat sendiri dan bermain dengan haiwan tersebut.

Sumbangan Ibu Bapa.

Semasa program SEHARI BERSAMA GURU, terharu juga bila ada sumbangan dari family anak2. Tadika Bintang Aurora ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Terimakasih daun keladi . heheheheh



gift untuk anak2 bawa pulang.



Puding jelly sumbangan family Athirah. Terima kasih Pn Azliana.



Kek pisang sumbangan keluarga Nur Jihan Arina. Terima Kasih Pn Noraini.



Kek roll dan Air kotak sumbangan keluarga Najwa. Terima kasih Pn Ruhaniza.

.

Roti Canai untuk sarapan pagi sumbangan keluarga Aliff haiqal. Terima kasih Pn Mastura. Awal pagi dah ada di pintu pagar menghantar sarapan.

Ada bakat nak jadi Arkitek



Si cilik yang suka bergaya. alahai....



baik baik sayang, hati hati dan teliti..nanti tumbang.




We are going up , we are going up..up up up up.

Anak-anak begitu khusyuk bermain bungkah kayu dan menyusunnya jadi menara. Apa yang teacher kagum dengan anak-anak ialah, tidak ada putus asa bila menara itu tumbang. anak2 tetap terus bermain lagi dan lagi. emmm .. motivasi untuk Teacher agar terus mendidik anak2 tanpa jemu dan putus asa. InsyaAllah.

Saturday, July 10, 2010

Eksperimen wet and dry

Jom main sampan kertas!!!

Berbagai kesepaduan yang kami terapkan dalam aktiviti pembelajaran kali ini. Antaranya ialah:
1. Perkembangan motor halus (melipat)
2. Science (wet and dry)
3. Math (bilangan sampan)
4. Sosioemosi (gembira dan sedih)

Seronoknya bermain bersama....