Saturday, July 10, 2010

Sehari bersama Guru

Alhamdulilah, pada 2 dan 3 hb Julai yang lalu, Tadika Bintang Aurora telah selamat menjalankan aktiviti SEHARI BERSAMA GURU. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk sikap yakin diri dan berdikari dikalangan anak-anak.Disamping itu, ia juga dapat merapatkan hubungan antara guru dan murid.
Anak-anak begitu teruja dan tidak sabar untuk bermain, belajar, berjalan-jalan bersama guru. Terutama Danish, yang tidak jemu bertanya, "Teacher, bila kita nak mandi kolam?"
Walaupun plan tidak berjaya sepenuhnya kerana faktor cuaca, tapi murid tetap gembira. Sedih juga bila kami tidakk dapat ke ladang untuk bermain dengan anak kambing.
Tiba masa untuk mandi kolam...... masing-masing menjerit keriangan. Teacher pun seronok juga hingga rasanya ingin turut serta.
Malam itu, anak-anak begitu seronok bermain di dalam khemah. Sementara menunggu teacher menyediakan hidangan bbq.
Lasaknya anak-anak teacher tido. Sebenarnya anak-anak agak bimbang mereka kencing malam (ngompol) tapi berkat dorongan dan keyakinan yang teacher suntikkan dalam diri anak--anak, alhamdulilah, tiada seorangpun yang kencing malam. Cuma, bantal teacher hilang. Rupa-rupanya ada dalam pelukan Danish.
Tiba masa untuk pulang, sedih dan sayu pula rasanya. ada yang tak mahu lagi balik. ada yang masih mahu bersama teacher. Ada yang ingin mandi kolam lagi. tak kurang juga masih menuntut untuk pergi ke ladang. InsyaAllah.. program yang baik ini, akan diulang lagi dengan penambaikan yang bersesuaian. untuk anak-anak teacher.. i miss u all. muahhhA


Alamak.. terlupa nak rotate. keriangan dan ceria anak2 jelas tergambar di raut wajah.



Teacher... Jomlah mandi sama.



Selepas sembahyang berjemaah bersama-sama, kami berdoa, berselawat dan berzikir.



BBQ not ready yet. Anak2 sabar menunggu.



main bola dalam khemah. Alamak, silap baling bola, kena plak batang hidung. cepat check.. siapa punya hidung dah kemek. hehehe

No comments:

Post a Comment